Recent Posts

Friday, April 8, 2011

0 kritik

Iklan & Kritikan Iklan





Definisi Iklan
Perkataan iklan berasal dari perkataan Arab yang bermaksud khabar yang disiarkan. Dalam bahasa Inggeris, perkataan advertising dipinjam daripada perkataan Latin advetere yang bermaksud memalingkan fikiran kepada sesuatu perkara. Ini adalah definisi ringkas pengiklanan yang melibatkan penjualan barangan atau perkhidmatan.
Iklan adalah setiap bentuk komunikasi yang dimaksudkan untuk memotivasi seseorang pembeli potensial dan mempromosikan penjual suatu produk atau perkhidmatan, untuk mempengaruhi pendapat masyarakat, mengambil perhatian umum untuk berfikir atau bertindak sesuai dengan keinginan si pengiklan. Sedangkan menurut Paul Copley,
“advertising is by and large seen as an art – the art of persuasion – and can be defined as any paid for communication designed to inform and/ or persuade”
Dimana iklan adalah sebuah seni dari persuasi dan dapat didefinisikan sebagai rekabentuk komunikasi yang dibiayai untuk meninformasikan dan atau memujuk. Dari beberapa pengertian diatas, pada dasarnya iklan merupakan saran komunikasi yang digunakan komunikator dalam hal ini perusahaan atau produser untuk menyampaikan informasi tentang barang atau perkhidmatan kepada umum, khususnya pelanggannya melalui suatu media massa. Selain itu, semua iklan dibuat dengan tujuan yang sama iaitu untuk memberi informasi dan membujuk para pengguna untuk mencuba atau mengikuti apa yang ada di iklan tersebut, dapat berupa aktiviti komersialkan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.
                                                                                                                  
Fungsi Pengiklanan
Terdapat pelbagai fungsi dalam pengiklanan, samaada untuk pengiklanan produk atau untuk perkhidmatan. Di antaranya ialah :
  • Pengenalan pada keluaran dan membezakannya dengan yang lain.
  • Bertindak untuk menyampaikan maklumat tentang keluaran, ciri-cirinya dan tempat jualan
  • Menggalakkan pengguna mencuba dan mencadangkan penggunaan ulangan
  • Menggalakkan pengedaran sesuatu keluaran
  • Menambahkan penggunaan keluaran
  • Sebagai alat pemasaran
  • Meningkatkan komunikasi dalam menjelaskan mesej kepada audien melalui perkataan, lukisan, simbol atau cap perniagaan
  • Sebagai fungsi pendidikan kepada pengguna. Mereka dapat faham dan ingat jika diulang beberapa kali
  • Dalam fungsi ekonomi pula, ia menggalakkan jualan dan dapat mengurangkan kos pengedaran
  • Dari segi sosial, merupakan salah satu tenaga utama yang telah membantu membaiki taraf hidup masyarakat
Daripada istilah mengenai pengiklanan dan fungsi pengikalan dapat disimpulkan bahawa
PENGIKLANAN ADALAH PENTING DALAM STRATEGI PEMASARAN!!! MAHU atau TIDAK!!! tetapi FUNGSI PENGIKLANAN dan FUNGSI PEMASARAN SALING BERKAIT RAPAT!!!!!!
saya fikir ramai di luar sana MINAT dan INGIN MENCUBA untuk melakukan Pengiklanan…Maklumlah, produk dan servis dah ada…tapi kalau orang tak tahu….tidak ada ertinya….. Anda tidak perlu risau lagi kini pelbagai cara boleh dilakukan….dari kempen yang percuma sehinggalah kepada…..yang berbayar. Memang sudah jelas, ramai yang ingin mencuba dan terus mencuba!!! YA!!!
Terpulanglah kepada individu atau kumpulan atau orginisasi untuk melakukan bagaimana cara memasarkan barangan dan perkhidmatan, namun secara tidak langsung PENGIKLANAN telah berlaku secara tanpa disedari…Taktik memasarkan itu sendiri merupakan PENGIKLANAN!!!
Kepada yang masih samar-samar….tetapi berminat….anda boleh!! boleh mulakan sekarang!!!
MASALAH-MASALAH yang sering dihadapi sewaktu ingin memulakan perniagaan melalui ‘ONLINE’ dan ‘offline’  ialah:
  • Tiada idea
  • Kurang Kemahiran
  • Tiada Pengetahuan tentang penggunaan It, Grafik, Database
  • Takut Gagal
  • Tidak Percaya kelebihan dan kemampuan Sendiri
  • Tidak perlu anda risau dengan adanya SERVIS
  • Pengiklanan  percuma, yang murah lagi menjimatkan dan sambil berbisnes anda memperolehi ganjaran dari bisnes sendiri!!
  • Apa lagi!!! promosikan produk dan perkhidmatan anda!! Maklumkan pada umum!!!
Strategi Dan Media Pengiklanan
  • Ia merupakan kegiatan pemajuan untuk mencapai objektik pemasaran. Objektif pemasaran diperolehi melalui penggunaa faktor barangan, harga dan lokasi.
  • Aktiviti pemajuan melibatkan penggunaan media.
  • Media yang menyalurkan maklumat pengiklanan merupakan alat penghubung yang penting di antara syarikat, pengeluar dan pengguna.
  • Melalui media, mesej pengiklanan disampaikan
  • Keputusan yang dibuat dalam perancangan media seriang kali melibatkan kreativiti.
  • Perancangan media yang baik dapat memberikan kejayaan pada pengiklan.
Penyediaan Pengiklanan
Ada beberapa penting yang perlu diambil kira dalam menyediakan iklan.
Selepas membuat kajian secara mendalam tentang barangan, menerangkan prospek dengna tepat dan menakrifkan objektif dengan khusus, harus pula menentukan jenis dan kandungan iklan.
Sekali lagi, penulis-penulis iklan mempunyai pelbagai cara yang tersendiri, tetapi langkah-langkah asas ialah :
  • Menulis landasan naskah iklan [copy platform]
  • Membentuk Konsep
  • Memilih pendekatan
Menulis landasan naskah iklan [copy platform]
Ini adalah kenyataan bertulis tentang okjektif dan ringkasan maklumat bagi iklan. Terdapat banyak variasi untuk menulis landasan ini, tetapi pada asasnya ia mengandungi unsur-unsur berikut
  • Objektif
  • Khalayak sasaran
  • Konsep utama atau manfaat utama pada pelanggan
  • Manfaat sampingan
  • Kenyataan Strategi kreatif
Permulaan yang logikal bagi sesuatu rancangan pengikanan ialah penyataan tentang jualan, matalamat dan jangkaanya. Tujuan yang samar dan umum arus dielakkan contohnya seperti untuk menjual barangan, untuk menarik lebih ramai pelanggan atau yang sepertinya.
Kumpulan atau khalayak sasaran mestilah didefinisikan dengan jelas dan tepat. Manfaat utama bagi pelanggan juga dikenali sebagai tawaran jualan unik atau USP [unique Selling Prososition], merupakan teras pada keseluruhan rancangan pengiklanan.
Jualan unik atau USP [unique Selling Prososition] terbahagi kepada 3 bahagian :
Setiap iklan mestilah memuat tawaran kepda pelanggan secara khusus. Tawaran dalam bentuk perkatan, unik dan khusu.
Setiap darinya mestilah berlainan dengan tawaran yang diberikan oleh pesaing. Mesti unik dan istimewa.
Tawaran mestilah cukup kuata sehingga ia berupaya menggerakkan khalayak, iaitu mengubah sikap pengguna ke arah pembelian barangan dan perkhidmatan.
Ia merupkan dasar yang penting dalam pembentukan strategi pengiklanan.
Ia memerlukan pengiklan meneliti ciri-ciri produk yang memerlukan penumpuan pada keunikan produk tersebut
Konsep USP yang dijadikan falsafah kreatif ini telah diperkenalkan oleh Rosser Reeves.
Membentuk Konsep
Pengiklan mestilah membentuk konsep atau idea dan fikiran yang akan membantu membuat pilihan dan rekeletak bahan-bahan iklan. Konsep iklan ini mungkin berdasarkan sumbangan yang boleh difokuskan pada keperluan psikologi [makanan, perlindungan, keinginan atau keprluan psikologikal - keselamatan, status dan keinginan.
Boleh dihubungkan pada keselesaan barangan, keberkesanan atau kualiti. Selain itu konsep tersebut boleh dikaitakan dengan hubungan antaran barangan dengan perasaan.
Memilih Pendekatan
Persembahan iklan bergantung pada tujuan pengiklan sama ada untuk memberitahu, memujuk, menghibur atau campuran daripada tujuan-tujuan itu. Pendekatan yang digunakan  melibatkan nada [fakta, emosi, jenaka], gaya [dramatasi, demonstrasi, persembahan] atau menggunakan gimik.





ALMAS
  • TAGLINE (CANTIK, CERAH & GEBU ~ Kesan yang menakjubkan dalam masa yang singkat. Anda pasti teruja. Jangan tunggu lagi! Mesti cuba!)
  • WARNA YANG MENYAKITKAN MATA
  • TERDAPAT KEPELBAGAIAN DALAM PRODUK
  • MUDAH DI HUBUNGI~HOTLINE /STOKIS
  • PENGIKLANAN DI TV3~TUMPUAN
  • TULISAN TER;LALU FORMAL / TIDAK MENARIK -KECIL
  • PENGIKTIRAFAN IMP
  • BUATAN MALAYSIA
  • PENGIKLANAN YANG TERLALU PADAT
  • TIADA WEBLINK / EMAIL
  • TIADA MODEL
  • TIADA CARA KEGUNAAN PRODUK
  • TIADA KANDUNGAN BAHAN
DE’ SARA
  • TAGLINE (SET RAWATAN PENCERAHAN ~mencerah tanpa pengelupasan -  SESUAI UNTUK SEMUA JENIS KULIT)
  • MODEL YANG SEKSI
  • WARNA YANG SURAM / GELAP
  • TULISAN YANG MENARIK
  • TERDAPAT 2 JENIS SET YANG ADA
  • TERDAPAT INFOLINE
  • BERDAFTAR DENGAN KKM
  • TERDAPAT STOKIS DI SETIAP NEGERI (TETAPI TIADA UTK DAERAH)
  • MEMPUNYAI E-MAIL
  • TIADA WEB LINK
  • TIADA RUJUKAN PENDAFTARAN SYARIKAT
TIA AMILIA



  • TAGLINE (SET RAWATAN PENCERAHAN ~mencerah tanpa pengelupasan)
  • TIADA KEPELBAGAIAN BENTUK (SEMUA SEGI 4)
  • TIADA NOMBOR UNTUK DIHUBUNGI (TIADA HOTLINE)
  • HARGA TERLALU MAHAL
  • WARNA YANG KONTRA (UNGU & OREN)
  • TULISAN YANG KURANG MENARIK (BENTUK / WARNA)
  • TIADA KANDUNGAN BAHAN
  • IKLAN YANG RINGKAS
  • TIADA MODEL
  • TIADA WEBLINK / E-MAIL
  • TIADA KETERANGAN PRODUK
  • TERDAPAT HANYA SATU SET PERMULAAN
  • TIADA STOKIS DI SETIAP NEGERI / DAERAH DI
  • TIADA KETERANGAN PENDAFTARAN
  • TIADA RUJUKAN PENDAFTARAN SYARIKAT
( type ) Read more

Monday, April 4, 2011

0 kritik

Mukadimah

Assalammualaikum w.b.t & salam sejahtera. Salam satu Malaysia. Hmm, blog ni hanya sekadar suka – suka bagi saya dalam mengabdikan kenangan di alam university. Kehidupan yang saya lalui di alam kampus sama ada bersama rakan – rakan mahupun sendirian. Selamat datang dan Maaf sekiranya blog ini tiada manfaat untuk anda kerna blog ini hanya sekadar blog picisan dan ianya hanyalah untuk peribadi sahaja.
( ) Read more
Best viewed on firefox 5+

save our planet

Ukwah

Blogger templates

.

Blogger news

.

Blogroll

Copyright © Design by Dadang Herdiana