Jika kita.............

Jangan Marah Saat Ada Yang MENGHINA, Doakan Hinaan Berbalik Menjadi KEMULIAAN.
Jangan Marah Saat Ada Yang MEMBENCI, Doakan Kebencian Menjadi KASIH SAYANG.
Jangan Marah Saat Ada Yang MENYAKITI, Doakan Sakit Itu Berubah Menjadi KEBAHAGIAAN.
Jangan Marah Saat Ada MASALAH, Doakan Masalah Kita Menjadi Ladang AMAL Yang Bermanfaat.
Jangan Marah Saat Ada Yang MENGHINA, Doakan Hinaan Berbalik Menjadi KEMULIAAN.
Jangan Marah Saat Ada Yang MEMBENCI, Doakan Kebencian Menjadi KASIH SAYANG.
Jangan Marah Saat Ada Yang MENYAKITI, Doakan Sakit Itu Berubah Menjadi KEBAHAGIAAN.
Jangan Marah Saat Ada MASALAH, Doakan Masalah Kita Menjadi Ladang AMAL Yang Bermanfaat.
SYARAT-SYARAT PERTUKARAN PROGRAM
PERMOHONAN PERTUKARAN PROGRAM PERINGKAT PENGAJIAN IJAZAH PERTAMA (Sepenuh Masa)
Saudara/i pelajar Universiti Utara Malaysia
Sila baca dengan teliti maklumat berikut sebelum mengemukakan permohonan anda.
1) Bukanlah menjadi dasar Universiti untuk membenarkan pelajar bertukar program. Tawaran program kepada pelajar adalah muktamad dan ini jelas dinyatakan di dalam surat tawaran kemasukan.
2) Walau bagaimanapun, Senat telah menurunkan kuasa kepada Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) untuk menimbang dan membuat keputusan ke atas permohonan pertukaran program.
3) Dalam membuat pertimbangan, beberapa kriteria telah ditetapkan iaitu:
3.1 Pelajar yang memohon pertukaran program, hendaklah telah melengkapkan pengajiannya di Universiti ini sekurang-kurangnya satu (1) semester.
3.2 Pelajar yang memperolehi pencapaian akademik yang rendah terutamanya yang mendapat status Lulus Bersyarat dan Mengulang Semester diberi keutamaan dalam pertimbangan.
3.3 Pelajar yang memasuki Universiti dari Saluran Kedua tidak akan dibenarkan sama sekali bertukar program.
3.4 Walau apapun syarat yang disebut pada perkara 3.1 dan 3.2, syarat kemasukan mengikut program serta pengimbangan pelajar mengikut kuota bagi sesuatu program akan diambil kira semasa membuat pertimbangan.
4) Pelajar dari program asal tidak dibenarkan membuat pertukaran kepada semua program pendidikan.
5) Permohonan hendaklah dibuat menggunakan borang yang telah disediakan yang boleh didapati di Kaunter Pelajar Jabatan Hal Ehwal Akademik dan di laman sesawang Jabatan Hal Ehwal Akademik hea.uum.edu.my
6) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan ke Kaunter Pelajar Jabatan Hal Ehwal Akademik selewat-lewatnya pada hari Khamis (23/02/2012), minggu pertama semester. (Permohonan yang diterima selepas daripada itu tidak akan dipertimbangkan)7) Setiap salinan borang permohonan hendaklah disertakan bersama perkara-perkara berikut:-
7.1 Satu salinan keputusan peperiksaan SPM/SPMV yang telah disahkan.
7.2 Satu salinan keputusan peperiksaan berikut mengikut kelayakan masuk:
i. STPM (bagi yang memasuki Universiti menggunakan kelayakan STPM); atauii. Transkrip Diploma (bagi yang memasuki Universiti menggunakan kelayakan Diploma); atauiii. Keputusan peperiksaan semua semester di peringkat pengajian Matrikulasi (bagi yang memasuki Universiti menggunakan kelayakan Matrikulasi).iv. STAM (bagi yang masuk ke UUM menggunakan kelayakan STAM)v. MUET.v. Keputusan peperiksaan semua semester di peringkat pengajian ijazah yang diikuti sekarang.(Bagi salinan borang yang dikembalikan ke Unit Kemasukan, Rekod & Promosi Jabatan Hal Ehwal Akademik, mestilah disertakan dengan bayaran proses pertukaran program sebanyak RM100.00 dalam bentuk Wang Pos atas nama Bendahari UUM) atau membuat bayaran tunai kepada Jabatan Bendahari sertakan resit bayaran tersebut bersama borang pertukaran program tersebut. Semua salinan hendaklah disahkan.
8) Borang permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.
9) Keputusan permohonan boleh diketahui pada minggu ketiga semester di Laman Sesawang Jabatan Hal Ehwal Akademik, hea.uum.edu.my
10) Pelajar yang telah diberi kelulusan bertukar program tidak dibenarkan sama sekali menarik balik permohonan mereka.
11) Pelajar yang telah diberi kelulusan bertukar program tidak dibenarkan bertukar program untuk kali kedua.
12) Pelajar yang telah diberi kelulusan bertukar program, hendaklah mengikut struktur program mengikut sesi kemasukan di mana beliau mula mendaftar sebagai pelajar UUM.
13) Adalah menjadi tanggungjawab pelajar sendiri untuk berurusan dengan pihak penaja dan menanggung risiko sekiranya penajaan ditarik balik akibat pertukaran program.14) Keputusan peperiksaan semua semester sebelum bertukar program masih diambil kira di dalam pengiraan PMK untuk semester-semester berikutnya.
15) Pelajar yang diberi kelulusan bertukar program perlu merujuk kepada Dekan Akademik di Pusat Pengajian masing – masing mengenai perancangan pengambilan kursus di bawah program baru.
saya yg menulis Nissa jam 2:14 PM 0 kritik
type mahasiswa/i, Pentadbiran, uum
saya yg menulis Nissa jam 2:01 PM 1 kritik
type mahasiswa/i, Pentadbiran, uum
saya yg menulis Nissa jam 8:00 AM 0 kritik
type IPT, mahasiswa/i, motivasi
ada orang 'study' sedikit, tapi dapat banyak ANUGERAH,ada org 'study' banyak, tapi dapat sedikit ANUGERAH.
~ILMU akan melekat pada HATI yg bersih~
- waktu nak exam, study lah kuat mana pun, kewajipan FARDHU AIN jgn tinggal.- SOLAT jangan dilengah²kan-Jgn pula, dalam mencari keBERKATan belajar, kita membuat perkara yg DIA murka contoh : ber'COUPLE'
Timbul pulak soalan, kenapa ada org TAK SOLAT dan mmbuat perkara yg dmurkaiNya tapi dia CEMERLANG dlm akademik?
Jawapannya: 'ISTIDRAJ' (nikmat kesenangan, kejayaan, kekayaan dan kemewahan diberikan oleh Allah kpd manusia yang mana tidak diredhaiNYA, untuk menyesatkannya lagi).
"Ya Allah, penuhilah dada kami dengan cahaya iman dan ilmu, amin"
saya yg menulis Nissa jam 12:00 PM 0 kritik
type IPT, mahasiswa/i, motivasi, pendidikan, peperiksaan
Johor 01,21,22,23,24Kedah 02, 25, 26, 27Kelantan 03, 28, 29Melaka 04, 30Negeri Sembilan 05, 31,59Pahang 06, 32, 33Pulau Pinang 07, 34, 35Perak 08, 36, 37, 38, 39Perlis 09, 40Selangor 10, 41, 42, 43, 44Terengganu 11, 45, 46Sabah 12, 47, 48, 49Sarawak 13, 50, 51, 52, 53Wilayah Persekutuan (KL) 14, 54, 55, 56, 57Wilayah Persekutuan (Labuan) 15, 58Wilayah Persekutuan (Putrajaya) 16Negeri Tidak Diketahui 82
saya yg menulis Nissa jam 7:00 AM 0 kritik
type mahasiswa/i, universiti