Recent Posts

Sunday, February 19, 2012

0 kritik

Permohonan Pertukaran Program Peringkat Pengajian Ijazah Pertama (Sepenuh Masa)



Untuk makluman saudara/i permohonan pertukaran program peringkat pengajian ijazah pertama dibuka mulai 19/02/2012 (Ahad) dan borang permohonan boleh diperolehi di Laman Sesawang, Jabatan Hal Ehwal Akademik http://hea.uum.edu.my. Maklumat lanjut sila rujuk syarat-syarat pertukaran program.

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan ke kaunter pelajar, Jabatan Hal Ehwal Akademik sebelum atau pada 23/02/2012 (Khamis)(Permohonan yang diterima selepas daripada tarikh di atas tidak akan dipertimbangkan)


SYARAT-SYARAT PERTUKARAN PROGRAM

PERMOHONAN PERTUKARAN PROGRAM PERINGKAT PENGAJIAN IJAZAH PERTAMA (Sepenuh Masa)

Saudara/i pelajar Universiti Utara Malaysia

Sila baca dengan teliti maklumat berikut sebelum mengemukakan permohonan anda.

1)      Bukanlah menjadi dasar Universiti untuk membenarkan pelajar bertukar program.  Tawaran program kepada pelajar adalah muktamad dan ini jelas dinyatakan di dalam surat tawaran kemasukan.

2)      Walau bagaimanapun, Senat telah menurunkan kuasa kepada Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) untuk menimbang dan membuat keputusan ke atas permohonan pertukaran program.

3)      Dalam membuat pertimbangan, beberapa kriteria telah ditetapkan iaitu:

         3.1     Pelajar yang memohon pertukaran program, hendaklah telah melengkapkan pengajiannya di Universiti ini sekurang-kurangnya satu (1) semester.

         3.2     Pelajar yang memperolehi pencapaian akademik yang rendah terutamanya yang mendapat status Lulus Bersyarat dan Mengulang Semester diberi keutamaan dalam pertimbangan.

         3.3     Pelajar yang memasuki Universiti dari Saluran Kedua tidak akan dibenarkan sama sekali bertukar program.

         3.4     Walau apapun syarat yang disebut pada perkara 3.1 dan 3.2, syarat kemasukan mengikut program serta pengimbangan pelajar mengikut kuota bagi sesuatu program akan diambil kira semasa  membuat pertimbangan.

4)      Pelajar dari program asal tidak dibenarkan membuat pertukaran       kepada semua program pendidikan.

5)      Permohonan hendaklah dibuat menggunakan borang yang telah disediakan yang boleh didapati di Kaunter Pelajar Jabatan Hal Ehwal Akademik dan di laman sesawang Jabatan Hal Ehwal Akademik hea.uum.edu.my


6)      Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan ke Kaunter Pelajar Jabatan Hal Ehwal Akademik selewat-lewatnya pada hari Khamis (23/02/2012), minggu pertama semester. (Permohonan yang diterima  selepas daripada itu tidak akan dipertimbangkan)
                                                                                                                                 
7)      Setiap salinan borang permohonan hendaklah disertakan bersama perkara-perkara berikut:-

         7.1     Satu salinan keputusan peperiksaan SPM/SPMV yang telah disahkan.

         7.2     Satu salinan keputusan peperiksaan berikut mengikut kelayakan masuk:

                  i.    STPM (bagi yang memasuki Universiti menggunakan kelayakan STPM); atau
                  ii.    Transkrip Diploma (bagi yang memasuki Universiti menggunakan kelayakan Diploma); atau
iii.      Keputusan peperiksaan semua semester di peringkat pengajian Matrikulasi (bagi yang memasuki Universiti menggunakan kelayakan Matrikulasi).
iv.     STAM (bagi yang masuk ke UUM menggunakan kelayakan STAM)
v.      MUET.
                  v.   Keputusan peperiksaan semua semester  di peringkat pengajian ijazah yang diikuti sekarang.
                        (Bagi salinan borang yang dikembalikan ke Unit Kemasukan, Rekod & Promosi Jabatan Hal Ehwal Akademik, mestilah disertakan dengan bayaran proses pertukaran program sebanyak RM100.00 dalam bentuk Wang Pos atas nama Bendahari UUM) atau membuat bayaran tunai kepada Jabatan Bendahari sertakan resit bayaran tersebut bersama borang pertukaran program tersebut. Semua salinan hendaklah disahkan.

8)      Borang permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.

9)      Keputusan permohonan boleh diketahui pada minggu ketiga semester di Laman Sesawang Jabatan Hal Ehwal Akademik, hea.uum.edu.my

10)    Pelajar yang telah diberi kelulusan bertukar program tidak dibenarkan sama sekali menarik balik permohonan mereka.

11)    Pelajar yang telah diberi kelulusan bertukar program tidak dibenarkan bertukar program untuk kali kedua.

12)    Pelajar yang telah diberi kelulusan bertukar program, hendaklah mengikut struktur program mengikut sesi kemasukan di mana beliau mula mendaftar sebagai pelajar UUM.

13)    Adalah menjadi tanggungjawab pelajar sendiri untuk berurusan dengan pihak penaja dan menanggung risiko sekiranya penajaan ditarik balik akibat pertukaran program.
                                                                                                                                                          
14)    Keputusan peperiksaan semua semester sebelum bertukar program masih diambil kira di dalam pengiraan PMK untuk semester-semester berikutnya.

15)    Pelajar yang diberi kelulusan bertukar program perlu merujuk kepada Dekan Akademik di Pusat Pengajian masing – masing  mengenai perancangan pengambilan kursus di bawah program baru. 

0 kritik:

Best viewed on firefox 5+

save our planet

Ukwah

Blogger templates

.

Blogger news

.

Blogroll

Copyright © Design by Dadang Herdiana