Recent Posts

Sunday, February 19, 2012

1 kritik

Pelajar Tahun Akhir UUM di WAJIBkan ISI My3S


( type , , ) Read more
0 kritik

WANITA ="Ramai wanita yang tidak menutup aurat menganggap bahawa dia bebas untuk mendedahkan auratnya kerana menganggap itu adalah hak peribadinya. Tetapi dia terlupa bahawa auratnya itu akan ditutup juga apabila dia dikafankan kelak.."

LELAKI = jgn pkir anda jugak terkecuali kerana ramai lelaki yang masih mendedahkan aurat dengan memakai seluar pendek menampakkan lutut pling mudah nak tengok masa main bola, kadang2 pakaian singkat sangat. solat nampak seluar kecik. azab tetap sama xtutup aurat. :)
( type , , ) Read more

Friday, February 17, 2012

0 kritik

ada orang 'study' sedikit, tapi dapat banyak ANUGERAH,
ada org 'study' banyak, tapi dapat sedikit ANUGERAH.

~ILMU akan melekat pada HATI yg bersih~

- waktu nak exam, study lah kuat mana pun, kewajipan FARDHU AIN jgn tinggal.
- SOLAT jangan dilengah²kan
-Jgn pula, dalam mencari keBERKATan belajar, kita membuat perkara yg DIA murka contoh : ber'COUPLE'

Timbul pulak soalan, kenapa ada org TAK SOLAT dan mmbuat perkara yg dmurkaiNya tapi dia CEMERLANG dlm akademik?

Jawapannya: 'ISTIDRAJ' (nikmat kesenangan, kejayaan, kekayaan dan kemewahan diberikan oleh Allah kpd manusia yang mana tidak diredhaiNYA, untuk menyesatkannya lagi).

"Ya Allah, penuhilah dada kami dengan cahaya iman dan ilmu, amin"
( type , , , , ) Read more
0 kritik

SENARAI KOD BAGI NEGERI KELAHIRAN

Johor 01,21,22,23,24
Kedah 02, 25, 26, 27
Kelantan 03, 28, 29
Melaka 04, 30
Negeri Sembilan 05, 31,59
Pahang 06, 32, 33
Pulau Pinang 07, 34, 35
Perak 08, 36, 37, 38, 39
Perlis 09, 40
Selangor 10, 41, 42, 43, 44
Terengganu 11, 45, 46
Sabah 12, 47, 48, 49
Sarawak 13, 50, 51, 52, 53
Wilayah Persekutuan (KL) 14, 54, 55, 56, 57
Wilayah Persekutuan (Labuan) 15, 58
Wilayah Persekutuan (Putrajaya) 16
Negeri Tidak Diketahui 82
( type ) Read more

Wednesday, February 15, 2012

0 kritik

IPTA, IPTS & Badan Kerajaan


INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA)

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA (IPTS)

AGENSI KERAJAAN
( type , ) Read more

Monday, February 13, 2012

0 kritik

Jatuh & Gagal


Jangan takut utk JATUH, kerana tak pernah JATUH tidak akan merasa kesakitan. Jangan takut utk GAGAL, kerana orang yg tak pernah GAGAL itu adalah orang yg tak pernah mencuba! Jangan takut utk SALAH, kerana kesalahan pertama kita dapat mencari kebenaran pada langkah kedua & seterusnya.
BERUSAHALAH jangan pernah mengalah... jika dirimu jatuh itu tanda ada kebaikan yang lain yang dirancang untukmu...

( type ) Read more

Sunday, February 12, 2012

0 kritik

Aktiviti #1


( type , , ) Read more
0 kritik

Lawak 1#



Suatu malam di Amerika, seorang lelaki China masuk ke sebuah bar dan melihat pengarah terkenal Steven Spielberg sedang minum. Dengan hati gembira, dia bergegas menghampiri untuk minta tanda tangan.

Sayangnya, bukan tanda tangan yang didapat, Spielberg terus menamparnya dan berkata, “kamu orang China, mengebom Pearl Harbour, nyah dari sini.”

Spontan pemuda itu menjawab, “Bukan China yang mengebom Pearl Harbour, tapi Jepun”.
“China, Jepun, Taiwan, kamu sama saja” ujar Spielberg.

Merasa marah atas perlakuan tadi, dia balas menampar Spielberg dan berkata, “Kamu yang menenggelamkan Titanic, moyang saya ada di kapal itu!”

Terkejut, spielberg menjawab, “Iceberg (gunung ais) yang menenggelamkan kapal itu, bukan saya!”

Pemuda China itu lalu berkata dengan lantang, “Iceberg, Spielberg, Carlsberg, kamu semua sama saja…”
( type , ) Read more

Thursday, February 9, 2012

0 kritik

Keputusan Peperiksaan Semester A111 keluar hari ini???




Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca... pasti debar mencengkam rasa sebab sedang menantikan keputusan peperiksaan A111 2011/2012 kan??? Ha... baca doa banyak – banyak supaya mendapat ketenangan dan juga keputusan yang baik.. insyaAllah... amin...

Ok, lau waktu nak keluar keputusan camni memang agak susah la nak “load page” Portal Komuniti UUM ni... al maklum la student kita ni bukannya 100 – 200 orang tapi cecah sehingga 20K orang.. Jadi, pastinya serve will be down.. tol tak?? Sebagai pengalaman yg pernah dilalui di UUM katakan, pasti semua da sedia maklum lau nak tengok result tu kan??
Dan kebiasaannya kita sukar untuk buka portal tu pada masa portal menjadi tumpan / serbuan 20K student ni... jadi sebagai langkahnya, SABAR je lah..hehehe tunggu turn anda...pasti dapat juga tengok result tu... wait –wait katakan... J...

Selain itu, kita perlulah membuka laman portal ini melalui “link alternate” iaitu Alternate Portal kerana kalau buka Ordinary Portal  ni belum tentu dapat tengok result atau susah nak “load page”. Sebagai kesimpulan, gunalah link alternate yg ade tu..memang cepat dan mudah sedikit. Begitu semasa anda mengisi borang tambah gugur jadual kuliah bagi setiap semester.
Setakat itu sahaja, semoga apa yang dinanti tu menjadi milik anda dan setimpal dengan usaha anda selama ini.. insyaAllah pastinya... “selamat bercuti buat semua rakan – rakan sekampus, moga dapat ketemu lagi di lain masa @ semester A112 pada 19/ Februari/ 2012 ini..
Sekian , wassalam.
( type , , , , ) Read more

Wednesday, February 8, 2012

0 kritik

TATACARA GUGUR / TAMBAH KURSUS SEMESTER KEDUA SESI 2011/2012 (A112)



TATACARA GUGUR/TAMBAH KURSUS SEMESTER KEDUA SESI 2011/2012 (A112)

Description: C:\Users\acer\AppData\Local\Temp\msohtmlclip1\01\clip_image003.png


Tarikh:  12 25 Februari 2012
Kaedah:  Secara On-line
Tempoh Sah Hebahan:  8 25 Februari 2012


1)     Minggu Gugur/Tambah Kursus Semester Kedua Sesi 2011/2012 akan dilaksanakan secara On-line : http//daftar.uum.edu.my.
2)   Pelajar-pelajar yang ingin menggugur atau menambahkan sebarang kursus boleh menggunakan mana-mana kemudahan komputer di dalam kampus dan juga di luar Kampus.  Jadual Minggu Gugur/Tambah adalah seperti berikut:-


SEMESTER SEMASA

TEMPOH GUGUR/TAMBAH
BIL HARI
TARIKH
MASA BERMULA
5 dan ke atas
12 - 25 Feb. 2012
8.00 Pagi
14 hari
3 dan 4
14 – 25 Feb. 2012
8.00 Pagi
12 hari
2
16 – 25 Feb. 2012
8.00 Pagi
10 hari











MINGGU MINGGU GUGUR/TAMBAH KURSUS DI KOLEJ
TARIKH
UUM CAS
UUM COB
UUM COLGIS
19 - 23 Feb. 2012
Makmal Pusat Pengajian Pembangunan Sosial, Aras Satu
Makmal FE01 & FE02, Bangunan Ekonomi
Makmal COLGIS 1, UUM COLGIS Seksyen A.









3) Hanya pelajar-pelajar yang layak sahaja dibenarkan untuk melakukan Gugur/Tambah seperti kriteria berikut:-
a)  Pelajar yang mendapat status Lulus Bersyarat/Mengulang/Gagal tetapi dipanggil semula;
b)   Pelajar yang gagal kursus;
c)   Pelajar yang menangguhkan pengajian (bagi semester sebelumnya);
d)  Pelajar yang mendaftar kursus tetapi tidak berjaya ditempatkan (bagi yang gagal kursus yang memerlukan pra-syarat).

4)   Sepanjang Minggu Gugur/Tambah Kursus, Jadual Waktu Kuliah tidak akan dicetak dan pelajar boleh melihat Jadual Waktu Kuliah di dalam portal masing-masing.

5)   Permohonan untuk mengambil kursus melebihi 22 jam kredit (tertakluk kepada kekosongan tempat) boleh di pohon dengan cara mengisi borang permohonan yang disediakan di JABATAN HAL EHWAL AKADEMIK (HEA) atau website HEA mulai 19 Feb. 2012 (Ahad) Borang hendaklah diserahkan kepada HEA selewat-lewatnya pada  23 Feb. 2012 (Khamis).  Sebarang penambahan kursus melebihi 22 jam kredit adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

a)     Pelajar semester akhir SAHAJA;
b)     PMK terakhir adalah 2.50 dan ke atas;
c) Lebihan jam kredit hanya 2 kredit sahaja (menjadikan jumlah kredit 24 jam/semester);
d)     Tertakluk kepada kekosongan tempat;
e)   Bayaran dikenakan sebanyak RM40.00 untuk 1 jam kredit (bayaran dijelaskan selepas permohonan diluluskan).

6)  Permohonan Kursus Audit (tertakluk kepada kekosongan tempat) boleh dibuat dengan cara mengisi Borang Permohonan yang disediakan di Kaunter JHEA ATAU website HEA mulai 19 Feb. 2012 (Ahad).  Borang hendaklah diserahkan kepada JHEA selewat-lewatnya pada 23 Feb. 2012 (Khamis). Tiada bayaran dikenakan.

7)   Pendaftaran atau Pengguguran Kursus Praktikum hendaklah dilakukan di pejabat Dekan Pembangunan Pelajar dan Alumni Kolej masing-masing sepanjang tempoh di atas.


Nota:

i.   Mulai Semester A101 semua pelajar hendaklah memenuhi kursus pra-syarat sekurang-kurangnya gred C (matagred 2.00) bagi membolehkan pelajar mengambil kursus selanjutnya.
ii.  Kursus Praktikum dan Employability and Enhancement Program (EEP) tidak diambil kira dalam pengiraan maksimum jam kredit sesuatu semester.
iii. Bagi Kursus Elektif Bebas, pelajar-pelajar boleh mengambil kursus-kursus yang ditawarkan oleh Pusat Pengajian masing-masing tetapi kursus-kursus berkenaan hendaklah di luar daripada program pengajian.
iv.    Kursus SQQM1023 (Matematik Untuk Pengurusan) adalah setara dengan kursus SQQM1013 (Pengantar Matematik Pengurusan).  Oleh itu, pelajar yang telah mengambil kursus SQQM1023 tidak dibenarkan untuk mengambil kursus SQQM1013.
v. Semua pelajar dikehendaki menyemak Jadual Waktu Kuliah masing-masing di dalam portal selepas berakhirnya Minggu Gugur/Tambah Kursus bagi mengelakkan sebarang masalah.
vi.   Pelajar-pelajar tidak dibenarkan menukar kumpulan kursus.
vii.  Kursus-kursus Setara tidak boleh dijadikan sebagai Elektif Bebas.


Arahan:

Pengarah
Jabatan Hal Ehwal Akademik
Universiti Utara Malaysia


Sumber : mail student



( type , , , ) Read more
Best viewed on firefox 5+

save our planet

Ukwah

Blogger templates

.

Blogger news

.

Blogroll

Copyright © Design by Dadang Herdiana