TATACARA GUGUR / TAMBAH KURSUS SEMESTER KEDUA SESI 2011/2012 (A112)
TATACARA GUGUR/TAMBAH KURSUS SEMESTER KEDUA SESI 2011/2012 (A112)
Tarikh: 12 – 25 Februari 2012
Kaedah: Secara On-line
Tempoh Sah Hebahan: 8 – 25 Februari 2012
1) Minggu Gugur/Tambah Kursus Semester Kedua Sesi 2011/2012 akan dilaksanakan secara On-line : http//daftar.uum.edu.my.
2) Pelajar-pelajar yang ingin menggugur atau menambahkan sebarang kursus boleh menggunakan mana-mana kemudahan komputer di dalam kampus dan juga di luar Kampus. Jadual Minggu Gugur/Tambah adalah seperti berikut:-
SEMESTER SEMASA | TEMPOH GUGUR/TAMBAH | BIL HARI | |
TARIKH | MASA BERMULA | ||
5 dan ke atas | 12 - 25 Feb. 2012 | 8.00 Pagi | 14 hari |
3 dan 4 | 14 – 25 Feb. 2012 | 8.00 Pagi | 12 hari |
2 | 16 – 25 Feb. 2012 | 8.00 Pagi | 10 hari |
MINGGU MINGGU GUGUR/TAMBAH KURSUS DI KOLEJ | |||
TARIKH | UUM CAS | UUM COB | UUM COLGIS |
19 - 23 Feb. 2012 | Makmal Pusat Pengajian Pembangunan Sosial, Aras Satu | Makmal FE01 & FE02, Bangunan Ekonomi | Makmal COLGIS 1, UUM COLGIS Seksyen A. |
3) Hanya pelajar-pelajar yang layak sahaja dibenarkan untuk melakukan Gugur/Tambah seperti kriteria berikut:-
a) Pelajar yang mendapat status Lulus Bersyarat/Mengulang/Gagal tetapi dipanggil semula;
b) Pelajar yang gagal kursus;
c) Pelajar yang menangguhkan pengajian (bagi semester sebelumnya);
d) Pelajar yang mendaftar kursus tetapi tidak berjaya ditempatkan (bagi yang gagal kursus yang memerlukan pra-syarat).
4) Sepanjang Minggu Gugur/Tambah Kursus, Jadual Waktu Kuliah tidak akan dicetak dan pelajar boleh melihat Jadual Waktu Kuliah di dalam portal masing-masing.
5) Permohonan untuk mengambil kursus melebihi 22 jam kredit (tertakluk kepada kekosongan tempat) boleh di pohon dengan cara mengisi borang permohonan yang disediakan di JABATAN HAL EHWAL AKADEMIK (HEA) atau website HEA mulai 19 Feb. 2012 (Ahad). Borang hendaklah diserahkan kepada HEA selewat-lewatnya pada 23 Feb. 2012 (Khamis). Sebarang penambahan kursus melebihi 22 jam kredit adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
a) Pelajar semester akhir SAHAJA;
b) PMK terakhir adalah 2.50 dan ke atas;
c) Lebihan jam kredit hanya 2 kredit sahaja (menjadikan jumlah kredit 24 jam/semester);
d) Tertakluk kepada kekosongan tempat;
e) Bayaran dikenakan sebanyak RM40.00 untuk 1 jam kredit (bayaran dijelaskan selepas permohonan diluluskan).
6) Permohonan Kursus Audit (tertakluk kepada kekosongan tempat) boleh dibuat dengan cara mengisi Borang Permohonan yang disediakan di Kaunter JHEA ATAU website HEA mulai 19 Feb. 2012 (Ahad). Borang hendaklah diserahkan kepada JHEA selewat-lewatnya pada 23 Feb. 2012 (Khamis). Tiada bayaran dikenakan.
7) Pendaftaran atau Pengguguran Kursus Praktikum hendaklah dilakukan di pejabat Dekan Pembangunan Pelajar dan Alumni Kolej masing-masing sepanjang tempoh di atas.
Nota:
i. Mulai Semester A101 semua pelajar hendaklah memenuhi kursus pra-syarat sekurang-kurangnya gred C (matagred 2.00) bagi membolehkan pelajar mengambil kursus selanjutnya.
ii. Kursus Praktikum dan Employability and Enhancement Program (EEP) tidak diambil kira dalam pengiraan maksimum jam kredit sesuatu semester.
iii. Bagi Kursus Elektif Bebas, pelajar-pelajar boleh mengambil kursus-kursus yang ditawarkan oleh Pusat Pengajian masing-masing tetapi kursus-kursus berkenaan hendaklah di luar daripada program pengajian.
iv. Kursus SQQM1023 (Matematik Untuk Pengurusan) adalah setara dengan kursus SQQM1013 (Pengantar Matematik Pengurusan). Oleh itu, pelajar yang telah mengambil kursus SQQM1023 tidak dibenarkan untuk mengambil kursus SQQM1013.
v. Semua pelajar dikehendaki menyemak Jadual Waktu Kuliah masing-masing di dalam portal selepas berakhirnya Minggu Gugur/Tambah Kursus bagi mengelakkan sebarang masalah.
vi. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan menukar kumpulan kursus.
vii. Kursus-kursus Setara tidak boleh dijadikan sebagai Elektif Bebas.
Arahan:
Pengarah
Jabatan Hal Ehwal Akademik
Universiti Utara Malaysia
Sumber : mail student
0 kritik: