Recent Posts

Monday, February 6, 2012

0 kritik

PROGRAM SME-UNIVERSITY INTERNSHIP 2012


Assalammu’alaikum dan Salam Sejahtera.

Institut Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi (CEDI) akan menganjurkan satu program untuk pelajar iaitu SME-University Internship 2012. Program kerjasama dengan Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp Malaysia) pada mulanya dianjurkan khas untuk pelajar yang akan menjalankan latihan praktikal mereka pada semester akhir. Namun kini, program ini telah diubah suai dan dijadikan program untuk pelajar semester 1 hingga 5 dan dijalankan sepanjang sesi kuliah mereka.

Program ini memberi peluang kepada pelajar untuk mempelajari selok-belok dunia perniagaan dari syarikat-syarikat terpilih. Pelajar akan terlibat sebagai “Junior Consultant” dan mereka dikehendaki melakukan analisis terhadap syarikat yang terbabit. Mereka juga perlu mengenal pasti faktor-faktor yang boleh meningkatkan prestasi syarikat, sama ada dari segi kewangan, pemasaran, pengeluaran produk ataupun sumber manusia. Program tersebut akan berlangsung selama 4 bulan, bermula pada awal bulan Mac sehingga bulan Jun. Pelajar yang menjadi “Junior Consultant”  akan menerima bayaran insentif sebanyak RM500 sebulan.

Pelajar akan dibahagikan kepada 4 kumpulan, di mana 1 kumpulan mewakili 1 syarikat. Pelajar akan dibahagikan mengikut kesesuaian bidang pengajian pelajar dan juga pengetahuan dalam bidang keusahawanan. CEDI mencari 20 orang pelajar yang berkelayakan untuk menyertai program tersebut.

Ciri-ciri pelajar yang dicari adalah seperti berikut :
1.    Pelajar semester 1 – 5
2.    CGPA semasa 3.00 ke atas (diberi keutamaan) adalah digalakkan memohon
3.    Mempunyai pengetahuan asas dalam pengurusan perniagaan merupakan satu kelebihan
4.    Mempunyai minat mendalam dalam bidang keusahawanan
5.    Mempunyai daya inisiatif dan mampu memberi komitmen yang tinggi
6.    Bersemangat tinggi untuk berjaya
7.    Gigih berusaha
8.    Mempunyai idea-idea yang bernas untuk memajukan sesebuah syarikat

Jika anda berminat dan mempunyai ciri-ciri tersebut, bolehlah menghantar resume anda ke alamat e-mel di bawah dan sebarang maklumat lanjut, sila hubungi pegawai CEDI seperti di bawah:

1.    Cik Rozita Ramli : 0132317068 / 049285693/ rrozita@uum.edu.my
2.    En Shuhaimi Ahmad : 0175470477 / 049285615/ shuhaimi@uum.edu.my

0 kritik:

Best viewed on firefox 5+

save our planet

Ukwah

Blogger templates

.

Blogger news

.

Blogroll

Copyright © Design by Dadang Herdiana